9-2-2009- Hari terakhir Tahun Baharu Cina/ Hari Chap Goh Meh~~~
Apakah Hari Chap Goh Meh??? Biar saya menerangkan kepada anda semua~~~Tahun Baru Cina sebenarnya mempunyai 15 hari. Hari ini merupakan hari terakhir Tahun Baru Cina. Oleh itu, saya, Vivian dan Jing Heng telah membuat keputusan untuk memakan Yee Sang di Sushi King. Yee Sang ialah sejenis makanan tradisional Cina yang cuma boleh terdapat di Malaysia dan Singapura. Bahan untuk makanan ini ialah sayur-sayuran seperti timun, lobak merah dan bijian... Selain itu, semua bahan akan dicampur dengan sos atau keropok yang sedap. Seterusnya, kita mesti menggunakan "chopstick" untuk mencampurkan semua bahan tersebut. Bahan-bahan makanan semua itu harus dikepit makin tinggi makin bagus ini bermaksud nasib kita akan semakin baik: Yang bekerja dapat dinaik pangkat, yang berlajar dapat straight A1... Kembali ke pengalaman saya memakan Yee Sang dengan Vivian dan Jing Heng. Hari ini kita telah pergi mencuba mini Yee Sang di Sushi King~~ Harga: RM8.88 ( Fa,Fa,Fa- Kaya-kaya-kaya!!!!) Walaupun harganya kedengaran sangat bagus tetapi saiz YEE SANG itu memang MINI sangat!!!!!! Namun begitu, kita tetap makan dengan gembira. Gambar di atas ialah Yee Sang yang bersaiz besar~~~~~ tidak sama dengan Yee Sang yang saya makan dengan rakan saya. Yee Sang ini saya makan dengan keluarga saya pada minggu lepas. Sedap~~~~~~!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ini ialah cara memakan Yee Sang. Menggunakan penyepit untuk mencampur kan semua bahan. Selepas itu, meletakkan ke dalam mulut. Hohohoho.... Yee Sang yang telah kita campurkan~~~~~~ Set menu Sushi King Tahun Baharu Cina ~~~~~~~~