Blog Smart Boyzz

Hello! Myspace Comments

Monday, February 9, 2009

Selamat Tinggal Tahun Baru Cina


9-2-2009- Hari terakhir Tahun Baharu Cina/ Hari Chap Goh Meh~~~

Apakah Hari Chap Goh Meh??? Biar saya menerangkan kepada anda semua~~~
Tahun Baru Cina sebenarnya mempunyai 15 hari. Hari ini merupakan hari terakhir Tahun Baru Cina. Oleh itu, saya, Vivian dan Jing Heng telah membuat keputusan untuk memakan Yee Sang di Sushi King.


Yee Sang ialah sejenis makanan tradisional Cina yang cuma boleh terdapat di Malaysia dan Singapura. Bahan untuk makanan ini ialah sayur-sayuran seperti timun, lobak merah dan bijian... Selain itu, semua bahan akan dicampur dengan sos atau keropok yang sedap. Seterusnya, kita mesti menggunakan "chopstick" untuk mencampurkan semua bahan tersebut. Bahan-bahan makanan semua itu harus dikepit makin tinggi makin bagus ini bermaksud nasib kita akan semakin baik: Yang bekerja dapat dinaik pangkat, yang berlajar dapat straight A1...

Kembali ke pengalaman saya memakan Yee Sang dengan Vivian dan Jing Heng. Hari ini kita telah pergi mencuba mini Yee Sang di Sushi King~~ Harga: RM8.88 ( Fa,Fa,Fa- Kaya-kaya-kaya!!!!) Walaupun harganya kedengaran sangat bagus tetapi saiz YEE SANG itu memang MINI sangat!!!!!! Namun begitu, kita tetap makan dengan gembira.



Gambar di atas ialah Yee Sang yang bersaiz besar~~~~~ tidak sama dengan Yee Sang yang saya makan dengan rakan saya. Yee Sang ini saya makan dengan keluarga saya pada minggu lepas. Sedap~~~~~~!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ini ialah cara memakan Yee Sang. Menggunakan penyepit untuk mencampur kan semua bahan. Selepas itu, meletakkan ke dalam mulut. Hohohoho....


Yee Sang yang telah kita campurkan~~~~~~

Set menu Sushi King Tahun Baharu Cina ~~~~~~~~



Pyzam Glitter Text Maker


Thursday, January 29, 2009


Pengenalan Pantun Sebagai Puisi Tradisional

NOTA KOMSAS

PUISI

1. Puisi ialah karangan berangkap yang mengutarakan pemikiran dengan bahasa yang indah.
2. Penciptaan puisi terikat oleh unsur-unsur irama, rima, penyusunan baris, dan rangkap.
3. Puisi terbahagi kepada dua, iaitu :

(a) Puisi moden atau lebih dikenal sebagai sajak.
(b) Puisi tradisional yang merangkum pantun, syair, gurindam, seloka dan lain-lain.


Pantun

1. Pantun ialah sejenis bentuk puisi tradisional.

2. Pantun merupakan karya yang berangkap tetap. Maksudnya, saman ada dua, empat, enam, lapan, sepuluh, dua belas, atau empat belas baris dalam serangkap.

3. Pantun yang mempunyai dua baris serangkap dikenal sebagai pantun dua kerat, sementara yang mempunyai empat baris serangkap dikenal sebagai pantun empat kerat, dan begitulah seterusnya.

4. Pantun terdiri daripada dua bahagian, iaitu pembayang maksud atau sampiran dan isi.

5. Dalam pantun empat kerat, pembayang maksud ialah dua baris pertama dan isi pula dua baris yang berikutnya.
Lihat contoh yang berikut.

Kusangka nanas di tengah padang, [ a ]
Kiranya pandan yang berduri. [ b ]

Kusangka panas sampai ke petang, [ a ]
Kiranya hujan di tengah hari. [ b ]


6. Jumlah kata dalam setiap baris pantun ialah antara empat hingga lima patah kata sementara jumlah suku katanya pula antara lapan hingga dua belas suku kata bagi setiap baris.

7. Rima akhir pantun ialah abab, iaitu rima akhir pada baris pertama sama dengan rima akhir pada baris ketiga, sementara rima akhir baris kedua sama dengan rima akhir baris keempat.

8. Pantun menjadi alat pengucapan untuk mengungkapkan perasaan hiba, sedih, sayu, gembira, rindu dendam, dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu perkara.

9. Oleh sebab itu, pantun dinamakan mengikut isi pantun berkenaan, misalnya pantun kanak-kanak, pantun orang muda, pantun orang tua, pantun budi, pantun kiasan, dan sebagainya. Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu sehingga hari ini.

10. Dua pantun yang perlu dikaji di peringkat Tingkatan Empat ialah:

(a) Pantun Mengenang Nasib
(b) Pantun Kiasan

Bentuk puisi
1. Bentuk puisi ialah susunan unit-unit berirama dalam sesuatu baris, sementara bentuk stanza dihubungkan pada susunan puisi itu sendiri.
2. Bagi mengkaji bentuk sesuatu puisi, kita perlu melihat perkara-perkara yang berikut:

♦ bilangan rangkap dalam puisi berkenaan;
♦ bilangan baris dalam setiap rangkap;
♦ bilangan kata dalam setiap baris;
♦ bilangan suku kata dalam setiap baris;
♦ rima akhir.

Sumber:http://antologianaklaut.blogspot.com/


Pyzam Glitter Text Maker


Sunday, January 18, 2009

Selamat Tahun Baru Cina, Happy Chinese New Year, 恭喜發財

Gong XiGong XiGong XI

Selamat Tahun Baru Cina saya mengucapakan kepada semua rakan kelas 5 Cengal.

Sunday, January 11, 2009

Kepada rakan saya yang telah meninggalkan SEMESTI




Selepas sekolah telah dibuka semula seminggu, saya berasa sangat tertekan dan susah. Tahun 2009 merupakan tahun peperiksaan SPM. Selain itu, saya juga harus memajukan Pusat Sumber SEMESTI juga. Kadangkala, saya berasa susah untuk bernafas dan menghadapi insomia pada waktu malam. Tetapi, saya akan sentiasa menasihati diri supaya bertenang.

My frenzzz

Gambar di atas diambil semasa rumah terbuka Kakak saya, SiYin pada tahun lepas. Gadis Jelita yang berada di paling kiri sekali ialah kakak Hui Chi,Sook Ting, Hui Chi, Vivian dan Kakak Jelita saya, Linda~~~.^__^

My sister's family

Gambar ini pula ialah Kakak Jelita SiYin (kakak jelita yang ke-3) sedang menyanyi dengan kakaknya dan saudarinya. Saya dan kakak SiYin, Linda dan Sook Ting telah berkenalan semasa saya masih tingkatan 1. Saya dan kakak Siyin selalu berjalan kaki balik ke rumah selepas sekolah. Tiba-tiba, saya berasa keseorangan kerana dia tidak lagi menemani saya balik ke rumah. Masa memang berlalu dengan cepat~~~ sekelip mata sahaja, saya sudah tingkatan 5. Saya amat merindui masa saya semasa bersama dengan kakak-kakak saya yang (amat sangat terjelita)- kesalahan bahasa ^__^.

Anime Myspace Comments

Akhirnya, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam pelajaran kepada 3 bidadari yang cantik ini~~~

Saturday, January 10, 2009

~~~~Selamat Datang Ke Blog Saya~~~~

Selamat Datang ke blog Smart Boyzz. Saya sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda dengan tangan terbuka~~~
Welcome Myspace Comments
Selamat Datang
Saya akan meletakkan pelbagai maklumat tentang Bahasa Melayu dan Matematik di dalam blog saya ini. Jadi, saya berharap anda akan sentiasa mengunjungi blog saya ini. Selain itu, matapelajaran matematik tambahan merupakan matapelajaran kegemaran saya. Sekiranya anda menghadapi masalah dalam soalan-soalan matematik tambahan, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk membantu anda untuk menyelesaikan soalan tersebut.

Tolong bagi saya makan~~~

Lagu Kegemaranku

About Me

My photo
" Hua.... hua.... " kedengaran tangisan bayi yang comel pada pukul 2.45pagi, pada hari 27 bulan 8 tahun 1992. Pada masa itulah, saya telah dilahirkan oleh ibu kesayangan saya, Gladys Foo. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog saya yang pertama . Nama saya ialah Jason Lee Jia Chen, anda juga boleh memanggil saya JCzz. Saya berasa amat bangga kerana disebabkan oleh En. Ghalib, guru matapelajaran Bahasa Melayu saya, saya telah menguasai pelbagai cara untuk mencantikkan blog saya. Seterusnya, tahun 2009 merupakan tahun terakhir saya berada di SEMESTI dan di kelas 5 Cengal. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar saya. Pada tahun ini juga, saya dan rakan-rakan sepejuangan saya akan menghadapi dengan satu perperangan iaitu SPM. Jadi, saya berharap anda semua akan berusaha dalam palajaran dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Jangan Buang Masa

Medan Sembang!!!!!


ShoutMix chat widget

Hiburan!!!!

Sila klik butang Start untuk bermain dengan Shi Gai. Butang itu berada di atas tangan gunting~~ Lari!!!!!!!! Sila tekan 1, 2, 3 untuk menangkap Ramen NAKAL!!!!!!!!!!

Rakan Sepejuangan

Rujukan~~~~

tok janggut

~~~~~Link~~~~~~

sama
sama 快樂多多 adiWidget sama
Free Tail 2 MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com

Template Brought by :

blogger templates