Selepas sekolah telah dibuka semula seminggu, saya berasa sangat tertekan dan susah. Tahun 2009 merupakan tahun peperiksaan SPM. Selain itu, saya juga harus memajukan Pusat Sumber SEMESTI juga. Kadangkala, saya berasa susah untuk bernafas dan menghadapi insomia pada waktu malam. Tetapi, saya akan sentiasa menasihati diri supaya bertenang.
Gambar di atas diambil semasa rumah terbuka Kakak saya, SiYin pada tahun lepas. Gadis Jelita yang berada di paling kiri sekali ialah kakak Hui Chi,Sook Ting, Hui Chi, Vivian dan Kakak Jelita saya, Linda~~~.^__^
Gambar ini pula ialah Kakak Jelita SiYin (kakak jelita yang ke-3) sedang menyanyi dengan kakaknya dan saudarinya. Saya dan kakak SiYin, Linda dan Sook Ting telah berkenalan semasa saya masih tingkatan 1. Saya dan kakak Siyin selalu berjalan kaki balik ke rumah selepas sekolah. Tiba-tiba, saya berasa keseorangan kerana dia tidak lagi menemani saya balik ke rumah. Masa memang berlalu dengan cepat~~~ sekelip mata sahaja, saya sudah tingkatan 5. Saya amat merindui masa saya semasa bersama dengan kakak-kakak saya yang (amat sangat terjelita)- kesalahan bahasa ^__^.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam pelajaran kepada 3 bidadari yang cantik ini~~~